Friday, November 15, 2013

TIMBULNYA JERAWAT APAKAH PENYEBABNYA?

Seperti di dalam entri 10 punca jerawat sukar hilang@sembuh sebelum ini saya telah bercerita kenapa jerawat amat sukar untuk sembuh? di sana secara tidak langsung menceritakan bagaiana juga jerawat terjadi. Tetapi di dalam entri timbulnya jerawat apakah penyebabnya? atau kenapa kita boleh ada jerawat?




Jerawat di wajah adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat gangguan pada kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit anda. Kelenjar ini akan menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit anda supaya sihat, berkilat dan muda.






Gambar rajah di bawah menunjukkan rembesan minyak berlebihan yang dikeluarkan oleh kelejar minyak dan meyebabkan terjadinya jerawat di kulit wajah atau pun di badan kita terutamanya di bahagian belakang tubuh badan kita.


Hormon DHT(dihydro testosterone) peyebab munculnya jerawat. Kehadiran hormon ini menyebabkan kelenjar ini menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan. Hasil akibat kenaikan hormon DHT meyebabkan rangsanngan berlebihan kepada kelenjar minyak dan minyak berkumpul dalam liang itu tersumbat dan meyebaban anda berjerawat. DHT adalah penyebab punca jerawat timbul kepada lelai dan juga wanita tidak mengira sebarang usia.



Bersihkan wajah anda dari jerawat.

Jerawat tidak mengenal kulit dan ia sangat memberi kesan kepada wanita, lelaki, tua, muda, kanak-kanak, dewasa, bangsa, status dll kadang-kadang sepanjang hayat. 

Jerawat bukan la penyakit yang merbahaya atau mengancam nyawa individu itu, tetapi kita tahu jerawat mampu mengubah penampilan, harga diri dan emosi seseorang itu. Dengan kesan parut yang tidak hilang dan kesan kulit yang tidak licin dan serata pasti memalukan terutamanya bagi golongan wanita.

Setiap individu kadang-kadang mengambil ringan akan permasalah seperti jerawat ini dan mereka mula meyedarinya akan kewujudan jerawat ini apabila ia menjadi teruk. Seperti ada pepatah mengatakan lebih baik mencegah dari mengubatinya pasti amat sukar bukan. Pengetahuan tentang jerawat adlah terhad,memahami punca2nya adalah kompenen yang sangat penting dalam kita mencegah dan merawat jerawat.

Bagaimana kita mengenali jerawat? Ia boleh di lihat di bahagian muka, leher, dada atau belakang tubuh badan anda. Ia akan kelihatan membengkak kecil yang berwarna kemerahan, kehitaman atau benjol merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari. Masalah jerawat muka anda berlaku kerana proses radang pada tisu di bahagian kelenjar minyak kulit dan jangkitan mula berlaku apabila liang tersumbat, apabila liang tersumbat dan tertutup ia akan menjadi whiteheads, tetapi apabila liang itu terbuka ia akan menjadi blackhead-noda hitam jerawat. 

Anda mungkin mempunyai jerawat ringan sahaja dan tidak berlaku radang kulit seperti orang lain dan hanya sekali sekali terjadi whitehead and blackhead, tetapi anda kena mengetahui bahawa radang jerawat berlaku apabila whitehead dijangkiti dengan bakteria dan membengkak dan mula menghasilkan jerawat dan pustul. Malangnya, kadang-kadang anda berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk keradangannya dan mengakibatkan sista dan pustul. Keadaan yang teruk ini memerlukan rawatan oleh pakar kulit untuk menghalang parut yang menccatkan.

Faktor jerawat timbul.

  • Masalah ketidak seimbangan hormon
  • Pemakanan
  • persekitaran
  • Penyakit keturuan
  • Psikologi
  • Pra-haid
  • Jangkitan bakteria-mengaru kulit muka@ memicit jerawat dengan tangan @kuku kerana iya akan meyebabkan jangkitan kuman mungkin tangan anda dalam keadaan tidak bersih.
  • Remaja dalam proses kematangan sekitar 12-16tahun-Ini berlaku kerana proses keseimbanga hormon di mana testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrostosteron(DHT) di dalam kulit, jerawat yang timbul ketika ini di kenali sebagai acne vulgaris
  • Resdung- sejenis alahan seperi alahan pada habuk dan meyebabkan kegatalan yang teramat sanagt di bahagian hidung, mata dan kulit. kadang2 ia terjadi krana perubahan cuaca atau suhu. Tetapi jangan @ tidak boleh beranggapan dengan merawat resdung maka hilanglah jerawat anda.

Jenis-jenis jerawat.
  1. Whiteheads
  2. Blackheads
  3. Papul-benjol kecil berwarna merah jambu mungkin sakit di sentuh
  4. Pustul-warna kemerahan di pangkal dan bernanah di atas.
  5. Nodul-Jerawat besar dan padu,menyakitkan di bawah kulit(jerawat batu)
  6. Sista(jerawat dalam)-bernanah yang dalam, meyakitkan dan meninggalkan parut.
Mungkin anda di luar sana mengalami masalah jerawat yang tringan dan teruk?? anda tidak perlu gugup dan risau, setiap permasalah pasti ada peyelesaiannya bukan. Untuk lebih lanjut bagaimana cara menghilangkan jerawat dan parut jerawat? click here

Dapatkan tip-tips yang menarik dan cadangan keperluan jerawat anda.anda juga boleh hubungi saya secara terus untuk mendapatkan konsultansi percuma yerr.

Hubungi:
Sarah
017-2063513/sms
Facebook page: click here
Add as friend facebook: FSP peng

No comments:

Post a Comment