Friday, November 15, 2013

10 PUNCA JERAWAT SUKAR HILANG!

Bercerita pasal jerawat ni mesti tak habis kan? kadang-kadang hidup penuh dengan kemurungan bila jerawat semakin menjadi-jadi kat muka kita ni... Jadi, hari ni saya nak share la pulak 10 faktor kenapa jerawat sukar untuk hilang..

10 punca jerawat sukar untuk sembuh.
  1. Alahan kepada makanan @ cara pengambilan makanan seharian- terlalu banyak makanan bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan ulit yang berjerawat. Malahan dengan kuantiti air yang sangat sedikit @ kurang pengambilan air tidak dapat membantu badan untuk mengalirkan toksin, apabila toksin tersekat dan berada terlalu lama di dalam badan ia akan meyebabkan jerawat sukar untuk sembuh@ hilang sepenuhnya malah akan menjadi jauh lebih teruk. Oleh itu makanan seimbang amatlah di sarankan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan air secukupnya untuk memudahkan pengaliran toksin dalam badan.
  2. Tidur-pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurang tidur @ tidur tidak mencukupi. Dalam sehari kita di sarankan untuk tidur 8jam sekurang-kurangnya. Tidur awal adalah lebih baik kerana jam 12-3pagi merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas. Apabila kita kurang tidur atau tidur di masa yang kurang sesuai maka jerawat kita menjadi sukar untuk hilang, malah ia akan menjadi lebih teruk.

  3. Sembelit-sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak menjadi lancar. toxin yang berlebihan akan tersekat dan akan di keluarkn naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh adalah berpunya dari masalah sembelit yang tidak selesai. 
  4. Pemilihan product yang salah- Pemilihan product seperti memilih product yang kandungannya sangat kuat sehingga menjadikan jerawat sukar untuk sembuh malahan akan menjadi jauh lebih teruk. Sering bertukar-tukar product juga boleh menjadi punca jerawat sukar untuk sembuh.
  5. Bakteria- Menyentuh @ memicit jerawat boleh mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah jauh lebih banyak seperti bejangkit.Ini berlaku kerana kemasukan bakteria teah berlaku dan dengan itu juga parut hitam akan terjadi apabila kita sering menyentuh @ memicit jerawat. Oleh yang demikian, jangan meyentuh jerawat atau memicit jerawat, jangan jadi kan tabiat hingga meninggalkkan kesan dan parut pada wajah kita.
  6. Hormon tidak seimbang- Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana kelenjar sebaceous mengeluarkan bayak sebum ehingga liang roma tersumbat dan terus dikeluarkanhingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak. Muka menjadi bengkak adalah kerana hormon yang tidak seimbang.
  7. Penjagaan muka yang tidak berterusan- tidak berdisplin untuk mengikuti bsic jagaan muka iaitu memakai cleanser,toner,moisturiser,anti-blemish dan sunblock. Malahan terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kerita adalah faktor peyebab jerawt sukar sembuh.
  8. Hati toksin- Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita. Darah yang kotor adalah salah atu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar bertapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.
  9. Jagaan salon-Tidak cukuo dengan memakai product, wajah yang berjerawat juga perlu merujuk kepda pakar kulit. Melakukan facial@ rawatan muka 2kali sebulan supaya jerawat sembuh cepat.
  10. Jangan tidur dengan muka bermekap(kepada gologan wanita)- Kebanyakkan wanita mudah lupa, tidur bersama mekap kerana keletihan @ malas membersihkan muka bila terlalu letih. Dengan muka yang masih bermekap ketika tidur akan meyebabkan kulit wajah berminyak jauh lebih teruk dan bakteria mudah merebak dan menyebabkan bertambahnya jerawat malahan pasti sukar untuk sembuh.  

Jerawat ialah permasalahan yang sangat merungsingkan anda?? dengan 10 punca kenapa jerawat sukar untuk hilang pasti membuatkan anda berjaga2 selepas ini bukan? setiap permasalahan pasti la ada penyelesaiannya. Dengan set cadangan kulit berjerawat dari shaklee pasti dapat membantu anda memelihara kulit lebih cantik dan menhapuskan jerawat degil yang sukar untuk sembuh.







Jika anda bersedia untuk perubahan, tampil lebih confident, bergaya, cantik dan kulit licin terjaga rapi? 

Hubungi:
Sarah
017-2063513/sms
Facebook page: click here
Add as friend/facebook: FSP peng







No comments:

Post a Comment